Friday, February 7, 2014

No comments:
Haiii! Okay kali ni cerita pasal aku join PALAPES Laut UM. Mesti ada antara korang yang tak percaya aku join Navy kan. Yang tak boleh blah ada guys yang tak bagi aku masuk Navy alasan dia orang, "Nanti kau jadi gelap" "Mesti penat, dah lah lasak" "Join tentera nanti kena ragging" "Kau perempuan buat apa masuk tentera" "Nanti cuti semester kau kena pergi training, so cuti kau tinggal sikit je" and the list goes on... 

Aku masuk Navy pun sebab aku suka semua uniform Navy. Lagi suka betul tengok guys yang beruniform putih ni. Dulu ayah dengan abang kedua aku masuk Army tapi aku tak pernah terasa nak join Army lah sebab yang tu fizikal kena kuat, kalau Navy mental lah yang kena kuat. GI aku cakap, Navy kalau mental tak kuat nanti boleh jadi gila. Setakat ni masih waras lagi lah haha kut?



Ini lah muka-muka batch aku intake 14. Nama batch aku Daring 14. Wow "daring" sangat ke?! Haha daripada mana batch aku dapat nama tu nanti aku cerita. Tapi sekarang yang tinggal 17 orang sahaja, 3 guys 14 ladies. Oh my where are UM guys...

Seperti yang sedia maklum, PALAPES mestilah ada training kan. So untuk pegawai kadet macam aku ni, training yang wajib pergi adalah Annual Continuous Training (ACT) di KD Sri Klang, selama 14 hari bermula 20 Januari- 2 Februari 2014. Dua minggu ye. ACT di KDSK ni ada gabungan tiga universiti; UM, UPM dan UiTM Shah Alam. Lain-lain universiti lain pangkalan dan tempat latihan.





Squad leader bagi command "dengan ke kanan lurus!" haha Bahasa Melayu bhai!










Ini masa lawatan ke kapal perang HMS Daring (D32) yang singgah berlabuh dekat Port Klang Cruise Centre. Daripada sinilah batch aku dapat nama Daring tu. Mula-mula tu jakun lah macam biasa nak naik kapal kononnya, tapi bila dah masuk tak ada apa pun. Biasalah orang kampung kan haha semua benda nak jakun. Yela selalu dapat tengok kapal perang dalam movies je :P


Ni sedih! Sebab apa? Aku malas nak ceritalah. Yang ni masa latihan menembak di Lapang Sasar UiTM Shah Alam menggunakan pistol Glock 17 dan Vector. Kalau kau rasa gambar ni pelik atau ada benda yang memusykilkan kau, sila tanya aku personally okay? Haha di sini bukan kaunter pertanyaannya.

Kebanyakkan aktiviti seharian bermula seawal jam 0530H untuk Early Morning Activity (EMA) ni kira macam Physical Training (PT). Lepas dah EMA, ada Colours, Watches, latihan kawad, kelas pagi kelas petang kelas malam, Evening Activity (EA) macam EMA jugak, Night Rounds, Mess Etiquette dan Roll Call. Kalau nak tahu lebih lanjut apa benda terms ni, sila rajinkan diri Google ye.


Latihan kawad


Night Rounds


Mess Etiquette



Riadah



Kelas? Eh ada kelas jugak eh? Mestilah. So selama seminggu pertama macam-macam ilmu kelautan yang kita orang belajar pasal Navy traditions and customs, communication, gunnery, seamanship dan sebagainya. Dan ada exam jugak tau -.-"

Sebenarnya ada je aktiviti lain macam jalan lasak, jiwa murni etc cuma aku tak ada rezeki nak join rakan-rakan yang lain atas sebab-sebab tertentu. Sedih baq hang!

Oh malam sebelum nak habis kem tu ada dinner lah sikit. Tapi gambar dinner tu tak ada dalam simpanan aku. :P




Ini jela benda yang manis lagi sopan yang aku boleh share pasal pengalaman aku dekat kem ni. Yang pahit dan seangkatannya aku simpan sendiri jela hehe tapi yang pahit tu ada manis juga sebenarnya. Tahun depan ada lagi ACT tapi di KD Sultan Idris 1, Lumut pulak. Itu je dari aku, sekian :)

Agak-agak ada tak kawan-kawan aku yang nak join Navy lepas ni? Hehe best tau! :3


-Gambar semua cilok dari group je. Haha-

Sunday, November 10, 2013

No comments:



These are my lovely coursemates.

- Kenapa semua Chinese?
- Melayu berapa orang je ni?

Haha mesti korang akan tanya soalan macam ni kan.

Yeah for this year's intake, around 60+ students. 9 orang Melayu - 4 lelaki, 5 perempuan. 1 orang lelaki India. The rest are Chinese.

Janganlah comparekan U saya dengan UiTM. Sebab UiTM memang sah-sah semua Melayu -.-"
Walaupun kami Melayu di sini adalah minoriti (untuk kos saya), tapi semua okay je. Ada yang racist, ada yang tak. Pandailah cari dan pilih kawan ye dak?

Yang pasti, mostly my coursemates adalah top students huhu ni buat I rasa terpencil seketika berada dalam kelompok bebudak pandai...

So far semua baik-baik saja. Jadi lepas ni jangan lah pelik sangat ea kalau selalu nampak I jalan dengan Chinese je..

Saturday, February 2, 2013

No comments:

"Kadangkala Allah hantar kucing untuk menguji kita sama ada kita sayang atau tidak dengan Rezeki Allah..
Kerana dia tak minta ikan yang baru di goreng.. Dia tidak minta pinggan yang elok ketika makan.. Dia tak minta air untuk membasuh tangan.. Dia tak minta tisu untuk lap mulut.. Dia hanya meminta sisa2 makanan kita yang tidak habis di makan…

So jangan la terlalu bakhil dengan sekalian maklukNya.."

-Ustaz Azhar Idrus-



Copied.

Saturday, November 24, 2012

No comments:

This is the reason kenapa I nak balik KMKN cepat sangat and sanggup sacrificed my sem break yang tak boleh nak panjang lagi ke?! Hehe. 

Cikgu Haizan, my Business lecturer, the coolest lecturer in the whole world and beyond your imagination. Like seriously. Hehe he's the best ever. Ok enough for intro. Actually before final exam, dia offered anybody yang nak join Kursus Keusahawanan ni. At first I was not interested at all. Kursus?! Mesti tedious. But then, I changed my mind and tried to be optimistic.

The results, yang tak join kursus ni memang rugi sangat! This program was awesome. I've learned and discovered so many new things. New skills, knowledge, and friends. With the around RM20k allocation from MARA (thank you MARA), we enjoyed 3D/2N at a beautiful resort, crazy activities, delicious food and great views.


p/s: Nanti nak bawak my future husband datang sini lah untuk honeymoon haha :P













































-Some photos courtesy of Cikgu Mior-

Friday, September 28, 2012

No comments:


Keep your chin up. Bear in mind that you have the right to be happy, no matter what life throws at you.





































Just like you always do.
Copyright of NHMA. All rights reserved.